Laman Web Rasmi Majlis Daerah Dalat & Mukah
Sejarah awal penubuhan Pihak Berkuasa seluruh Sarawak adalah di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1948 (Local Authorities Ordinance 1948) di bawah pemerintahan Kerajaan British. Dengan adanya ordinan tersebut, penggubal-penggubal Undang-Undang Tempatan (Law Makers) memberi kuasa kepada Gabenor untuk.....
Learn MoreSiaran Akhbar, 16 October 2026
MUKAH - PERHIMPUNAN TAHUNAN MDDM - TINGKATKAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT DAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN Pada 14 Oktober 2026 (Rabu) Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) telah mengadakan Perhimpunan Tahunan MDDM bertempat di Bilik Persidangan Utama, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Mukah, melibatkan semua kakitangan MDDM. Perhimpunan yang menghimpunkan kakitangan MDDM ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan nyanyian penuh bersemangat Lagu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Berkhidmat Penuh Bangga, diikuti bacaan doa oleh En. Izaat dan Ikrar Integriti yang diketuai oleh En. Hamid. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan serta amanat yang padat daripada Ketua Jabatan, Setiausaha MDDM, Encik Bilong anak Engkas. Beliau memberi amanat yang cukup bersemangat dan bermakna sebagai pemangkin kepada setiap kakitangan untuk menjalankan tugas. Sesi taklimat diteruskan oleh En. Jefri yang memberi penerangan tentang penambahbaikan pekeliling kemudahan bertugas rasmi bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak yang telah dikeluarkan pada bulan Ogos yang lalu. Pengisian lain ialah taklimat mengenai kemudahan pendigitalan perkhidmatan yang disediakan di Laman Web Rasmi MDDM dan SCS Mobile+ oleh En. Aiden, diikuti oleh taklimat kemudahan cuti dan perubatan, serta informasi berkaitan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia serta oleh Cik Siti Hazlin. Selain itu, taklimat daripada Ahli Khidmat Sokongan Pekerja (SCS-KSP) Perkhidmatan Awam Sarawak turut disampaikan oleh En. Ramjee bagi memberikan pendedahan dan maklumat berkaitan kemudahan serta sokongan kepada warga perkhidmatan awam. Penganjuran perhimpunan ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat terkini, meningkatkan kesedaran terhadap dasar dan kemudahan perkhidmatan awam, serta memperkukuh komunikasi antara pihak pengurusan dengan warga kerja MDDM. Di setiap taklimat/perkongsian, kakitangan diberi peluang untuk bertanya soalan serta meluahkan pandangan dan buah fikiran. Diharapkan perkongsian maklumat dan pengisian yang disampaikan melalui perhimpunan ini dapat meningkatkan pengetahuan, komitmen dan profesionalisme warga MDDM dalam melaksanakan tanggungjawab serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat. MAJLIS DAERAH DALAT DAN MUKAH Berkhidmat Untuk Kemajuan
Siaran Akhbar, 12 October 2026
MUKAH - Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 5/2026 Jom jumpa kami di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah! Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 5/2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: - Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu) - Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang - Tempat: Dataran Pehin Setia Raja, Mukah Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk memudahkan urusan anda, antaranya: * Pembayaran bil cukai taksiran * Program Baik Pulih Rumah (PBBR) * Aduan dan pertanyaan * Urusan pindah milik pegangan * Permohonan ukur periksa * Pendaftaran e-Bil Cukai Taksiran * Program Vaksinasi Anti Rabies * Microchip dan Lesen Anjing # JOM BAYAR, JOM DAPAT HADIAH! Sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar cukai taksiran, hadiah istimewa turut disediakan. Rebut peluang ini dan kunjungi kaunter kami! Makluman penting: MDDM telah menggunakan sistem e-Bil Cukai Taksiran sejak tahun 2025. Bil cukai taksiran tidak lagi dihantar secara fizikal, sebaliknya dihantar melalui pelbagai medium elektronik (e-bil). Pendaftaran e-bil boleh dibuat melalui Service Sarawak atau SPayGlobal. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan, menyelesaikan urusan dan mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak MDDM. Kami sedia membantu anda! Jumpa anda di sana!
Siaran Akhbar, 27 July 2026
MUKAH - Dimaklumkan kepada semua pemilik pegangan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) bahawa: MDDM TIDAK LAGI MENGHANTAR BIL CUKAI TAKSIRAN SECARA FIZIKAL ke alamat pegangan anda untuk pegangan seperti berikut: * Rumah Kedai (Shophouse) * Taman Perumahan (Housing Estate) * Perindustrian Ringan (Light Industrial) Pilihan mendapatkan Bil Cukai Taksiran: (1) e-Billing (Tanpa Bil Fizikal) * e-Bil dihantar ke emel anda * SPay Global * Langganan Terus Service Sarawak (2) Bil Fizikal * Kaunter OSC MDDM * Kaunter Service Sarawak Perhatian: Adalah menjadi tanggungjawab pemilik pegangan untuk memastikan Bil Cukai Taksiran diperoleh dan dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. - Sila imbas kod QR untuk pendaftaran e-Bil bagi yang belum mendaftar. - Semua jenis pegangan adalah digalakkan untuk mendaftar e-Bil Cukai Taksiran MDDM. Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai. Terima kasih. Sama-Sama Mase’
Siaran Akhbar, 16 October 2026
JANGAN TANGGUH, JOM BAYAR! CUKAI TAKSIRAN ANDA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA! 31 OKTOBER 2026 — Tarikh akhir pembayaran Cukai Taksiran bagi Bil Tahunan & Bil ½ Tahun 2026 semakin hampir! Jangan tunggu saat akhir! Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilik pegangan berkadar dengan menjelaskan Bil Cukai Taksiran Sebelum Tarikh Akhir. Kenapa perlu bayar tepat pada masanya? * Mengelakkan caj lewat bayar * Membantu kelancaran pengurusan dan pembangunan kawasan * Menyokong penyediaan kemudahan serta perkhidmatan untuk kesejahteraan komuniti PERINGATAN PENTING! Bayaran selepas tarikh akhir akan dikenakan caj lewat sebanyak 1% sebulan! Sila Imbas kod QR yang dipaparkan mendapatkan maklumat berkaitan Cukai Taksiran Majlis Daerah Dalat & Mukah
Siaran Akhbar, 12 October 2026
Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 5/2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang Tempat: Dataran Pehin Setia Raja, Mukah Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk memudahkan urusan anda, antaranya: * Pembayaran bil cukai taksiran * Program Baik Pulih Rumah (PBBR) * Aduan dan pertanyaan * Urusan pindah milik pegangan * Permohonan ukur periksa * Pendaftaran e-Bil Cukai Taksiran * Program Vaksinasi Anti Rabies * Microchip dan Lesen Anjing # JOM BAYAR, JOM DAPAT HADIAH! Sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar cukai taksiran, hadiah istimewa turut disediakan. Rebut peluang ini dan kunjungi kaunter kami!
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026