picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. 1.0 PERTANYAAN MENGENAI KAUNTER MAJLIS DAERAH DALAT & MUKAH

 1.1 Bilakah Kaunter MDDM Beroperasi?

Waktu Operasi :

        Isnin – Khamis :

  • 8.00 am – 1.00 pm
  • 2.00 pm – 3.00 pm

        Jumaat:

  • 8.00 am – 11.45 am
  • 2.15 pm – 3.00 pm

1.2 Apakah jenis-jenis pembayaran yang boleh dibuat di kaunter MDDM?

  1. Bil-bil Cukai Taksiran MDDM
  2. Bil-bil Pelbagai (Sewa Kemudahan MDDM, Levi, Form G1)
  3. Lesen Perniagaan
2. 2.0 PERTANYAAN MENGENAI CUKAI TAKSIRAN

2.1 Apakah itu Cukai Taksiran? 

Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan (Harta) yang terletak dalam bidangkuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah. Cukai Taksiran merupakan sumber pendapatan utama bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hasil daripada cukai taksiran digunakan semula untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai khasnya penduduk-penduduk di kawasan Majlis Daerah Dalat & Mukah.

2.2 Apakah jenis pegangan yang dikecualikan daripada Cukai Taksiran?

Terdapat beberapa jenis pegangan yang dikecualikan daripada Cukai Taksiran. Antaranya ialah tempat ibadat, sekolah dan pusat kebajikan.

2.3 Apakah jenis / klasifikasi Cukai Taksiran yang dikenakan oleh Majlis Daerah Dalat & Mukah? 

  1. Tujuan Am (9%)
  2. Penyelenggaraan Jalan  (6%)
  3. Pungutan Sampah (5%)
  4. Lampu Jalan 5%)
          (JUMLAH PERATUSAN: 25%)

2.4 Bilakah tarikh akhir pembayaran Cukai Taksiran?

Kawasan Bandar & Perumahan

  • setengah tahun pertama : 01 Januari - 31 Mei
  • setengah tahun kedua : 01 Julai - 31 Oktober 

Kawasan Kampung & Luar Bandar

  • Tahunan : 01 Januari - 31 Oktober
3. 3.0 PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN BAGI LESEN KEDAI RUNCIT KAMPUNG

3.1 Bagaimanakah untuk membuat Permohonan Lesen Kedai Runcit Kampung? 

Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Daerah Dalat & Mukah.

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

  1. Pengesahan daripada Pemanca/ Penghulu/Ketua Kampung /Tuai Rumah daripada kampung berkenaan.  
  2. Pengesahan daripada Ahli Majlis.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  4. Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini.
  5. Salinan Bil Cukai Taksiran yang baru dijelaskan.
  6. Pelan lokasi tempat berniaga. 

 

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada:

Setiausaha,
Majlis Daerah Dalat & Mukah,
Tingkat 1, 
Pusat Pentadbiran Baru, 
Jalan Wawasan, Peti Surat 68,
96400 Mukah.

 

3.2 Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen Kedai Runcit Kampung?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Dalat & Mukah, menjalankan perniagaan kedai kampung tanpa memiliki lesen yang sah daripada Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

4. 4.0 PERTANYAAN BERKENAAN PERMOHONAN BAGI LESEN GERAI MAKANAN DAN MINUMAN SERTA LESEN-LESEN YANG LAIN.

4.1 Bagaimanakah untuk membuat permohonan lesen gerai makanan dan minuman serta lesen-lesen yang lain?

Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pembayaran, Majlis Daerah Dalat & Mukah dengan harga RM5.00. 

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini (Tiga (3) keping gambar untuk permohonan Laundry).  
  3. Salinan Bil Cukai Taksiran yang baru dijelaskan.
  4. Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Premis atau 1 set salinan Surat Perjanjian (Tenancy Agreement) jika berkaitan.
  5. Pelan tapak dan lantai bangunan yang menunjukan Kehendak-Kehendak Kesihatan (Floor Layout Plan).
  6. Surat Sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Untuk Lesen LPG/Bahan-bahan Petroleum/Lodging House).
  7. Surat Sokongan daripada Pihak Polis (jika berkaitan).
  8. Surat Sokongan/Kelulusan daripada agensi berkenaan (Cth: Kantin Kilang/Sekolah/Ladang)
  9. Pelan lokasi tempat berniaga. 

 

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada:

Setiausaha,
Majlis Daerah Dalat & Mukah,
Tingkat 1, 
Pusat Pentadbiran Baru Mukah, 
Jalan Wawasan,
96400 Mukah.

 

4.2 Bilakah lesen akan tamat dan bagaimanakah pembaharuan Lesen boleh dibuat?

Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun dan mesti diperbaharui dalam tempoh 42 hari dari tarikh luput. Pembayaran lesen hendaklah dibuat di mana-mana Kaunter Kutipan Pelbagai Hasil MDDM.

4.3 Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Dalat & Mukah, mengendalikan gerai makanan dan minuman serta perniagaan-perniagaan yang lain tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

5. 5.0 PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN UNTUK PERMIT MENGGANTUNG KAIN RENTANG

5.1 Bagaimana untuk memohon? 

Semua permohonan untuk menggantung kain rentang harus diserahkan dan dialamatkan kepada :

Setiausaha,
Majlis Daerah Dalat & Mukah,
Tingkat 1, 
Pusat Pentadbiran Baru, 
Jalan Wawasan, Peti Surat 68,
96400 Mukah.

(U/P:Bahagian Penguat Kuasa).

 

Permohonan perlu disertakan dengan maklumat-maklumat seperti berikut :

  1. Tujuan dan tarikh menggantung kain rentang.
  2. Lokasi / tempat kain rentang akan digantung.
  3. Rekabentuk / saiz kain rentang. 

 

5.2 Apakah syarat-syarat untuk pemberian Permit?

  1. Saiz kain rentang hendaklah bersesuaian.  
  2. Iklan-iklan rokok, arak atau berunsur negatif tidak dibenarkan dipamer pada kain rentang.
  3. Kain rentang hanya boleh dipamerkan dua minggu sebelum acara dimulakan dan harus diturunkan tiga hari selepas itu.
  4. Kebenaran daripada pemilik bangunan mesti diperolehi terlebih dahulu.
  5. Kain rentang mesti diikat dengan sempurna dan tidak boleh dibiarkan dalam keadaan selekeh.
  6. Kain rentang tidak boleh digantung merentangi jalan raya.
  7. Kain rentang tidak boleh dipaku atau diikat pada pokok yang ditanam oleh Majlis Daerah Dalat & Mukah di tepi jalan raya. 

 

5.3 Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap kain rentang?  

RM 15.00 untuk 1 meter persegi pertama dan RM 8.00 untuk 1 meter persegi yang seterusnya. Pemohon diminta untuk membayar deposit RM50.00 bagi memastikan semua syarat dipatuhi.

6. 6.0 PERTANYAAN MENGENAI LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

6.1 Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Seksyen Perpustakaan?

  1. Pendaftaran Keahlian / Gantian Kad Ahli.
  2. Pinjaman & Pemulangan Buku.
  3. Pembaharuan pinjaman buku.
  4. Tempahan Buku.
  5. Perkhidmatan Rujukan.
  6. Perkhidmatan Sumber Media.
  7. Pinjaman Penggunaan Net Book 1Malaysia.
  8. Pinjaman Buku Antara Perpustakaan (dengan kerjasama PNS).
  9. Pinjaman Buku Secara Berkelompok kepada Sekolah / Tadika.
  10. Perkhidmatan Fotostat / Imbas (Scan).
  11. Menjalankan aktiviti-aktiviti galakan membaca.
  12. Menyediakan taklimat perpustakaan.
  13. Mempamerkan buku-buku baru.
  14. Perkhidmatan Book Drop.
  15. Mengadakan program Smart Partnership dengan kerjasama agensi / jabatan lain.
  16. Perkhidmatan Perpustakaan Bas Bergerak.

6.2 Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar?

  1. Bertanggungjawab ke atas kesihatan dan alam sekitar dikawasan yang terletak dibawah bidangkuasanya seperti perkhidmatan kutipan sisa-sisa pepejal, kebersihan jalan raya dan lain-lain.
  2. Kawalan penyakit berjangkit seperti demam denggi dan lain-lain.
  3. Kawalan mutu dan keselamatan makanan di kawasan yang terletak di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah.
  4. Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan pasar dan tandas awam.
  5. Memproses permohonan pelbagai lesen perdanganan.
  6. Menyemakan pelan bangunan untuk pengesahan bagi pengeluaran sijil layak menduduki bangunan.
  7. Menguatkuasakan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kesihatan awam.

6.3 Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kejuruteraan?

  1. Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
  2. Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan, seperti jalan raya, parit/longkang, jambatan, lampu jalan, taman rekreasi, bangunan-bangunan/harta majlis.
  3. Mengurus dan memproses dokumen-dokumen tender dan perjanjian kontrak.
  4. Menguruskan permohonan kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran Sijil Layak Menduduki Bangunan (Occupation Permit).
  5. Menyediakan laporan prestasi projek-projek pembangunan.

 

7. 7.0 SEBARANG KEMUSYKILAN SILA HUBUNGI:

Majlis Daerah Dalat & Mukah,
Tingkat 1, 
Pusat Pentadbiran Baru Mukah, 
Jalan Wawasan,
96400 Mukah.


Ibu Pejabat - Tel: 084-871622, 084-871623, 084-871632
 (Mukah)        Fax: 084-871041

email : dalatmukahdc@sarawak.gov.my

 

MDDM Cawangan Dalat : 084-864336

MDDM Cawangan Balingian : 014-8889641

Perpustakaan Awam, Mukah : 084-873728

Perpustakaan Awam, Dalat : 084-863109

Perpustakaan Desa, Balingian : 019-8063684

Perpustakaan Desa, Oya : 084-865980