FORM G1 (Certificate Of Clearance Of Indebtedness)

 

FORM G1 (Certificate Of Clearance Of Indebtedness)


Form G1 adalah sijil pengesahan bebas hutang (cukai taksiran, lesen atau apa-apa tunggakan/hutang yang berkaitan) pemohon dengan pihak Majlis. Permohonan hanya diterima bagi Mukah Land District, Oya-Dalat Land District, Balingian Land District, Baoh Land District, Dijih Land District (Partly) dan Bawan Land District (Partly) iaitu kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Dalat dan Mukah sahaja.

Ia dikeluarkan untuk tujuan pengesahan pertukaran hakmilik harta (tanah - Jabatan Tanah dan Survei, rumah - Majlis Daerah Dalat dan Mukah) atau tujuan pinjaman bank.

 

Keperluan bagi pemohon yang membuat permohonan Form G1 :

1. Surat permohonan oleh pemohon

2. Salinan Kad Pengenalan (WAJIB) pemohon dan pemilik asal (sekiranya dipohon bagi pihak)

3. Salinan Geran Tanah (WAJIB) / Print-Out of Title yang berkaitan.

4. Membayar tunggakan cukai taksiran, lesen, sewaan ataupun mana-mana tunggakan lain ke atas pihak Majlis yang dirasakan berasas sehingga tahun semasa sekiranya berkaitan dengan mana-mana pemilik / pemohon.

* Permohonan Form G1 akan diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja sekiranya permohonan memenuhi kesemua keperluan seperti di atas.
*  Form G1 yang telah hanya sah laku untuk tempoh 30 hari daripada tarikh dikeluarkan.

Permohonan boleh dibuat sendiri (Sila Klik Di Sini Untuk Muat Turun Borang) atau melalui mana-mana pejabat guaman. Hanya sijil Form G1 yang tulen dikeluarkan oleh pihak Majlis sahaja sah untuk digunapakai di pihak Jabatan Tanah dan Survei.

 

** Berkuatkuasa 2 Februari 2015, Setiap Permohonan Form G1 akan dikenakan caj sebanyak RM30.00 untuk satu (1) Lot/Transaksi