picture

Perutusan Walikota

 

Perutusan Walikota


 

Bissimillahirahmanirahim.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan  kepada pihak Majlis Daerah Dalat dan Mukah kerana telah memberi peluang kepada saya menyampaikan amanat sepatah dua kata dalam ruangan Laman Web Majlis Daerah Dalat dan Mukah ini. 

Saya selaku Walikota Majlis Daerah Dalat dan Mukah berasa sangat bangga sekaligus mengucapkan setinggi – tinggi tahniah dan syabas kepada Majlis atas lahirnya sebuah Laman Web Majlis yang informatif dan julung kalinya ini.


Dengan adanya Laman Web seperti ini, maka kita berharap orang awam dapat memperolehi maklumat yang lebih jelas, terus, tepat dan cepat tentang fungsi dan perkembangan pembangunan yang dijalankan oleh pihak Majlis ini semenjak ia ditubuhkan.

Selama tempoh saya berkhidmat di Daerah Mukah ini didapati MDDM telah banyak membuat pembangunan mengikut arus perubahan keperluan semasa, umpamanya yang paling ketara ialah pembentukan dua buah Bandar di Mukah iaitu Bandar Lama Mukah dan Bandar Baru Mukah. Selain itu, Mukah dan kawasan cawangan MDDM berubah wajah apabila pelbagai aktiviti pengindahan alam sekitar dilaksanakan. Penyediaan kemudahan – kemudahan infrastruktur, frasarana dan kemudahan – kemudahan lain yang sangat diperlukan oleh penduduk diwujudkan dengan baik dan selesa tambahan pula dengan adanya kerjasama padu masyarakat, individu dan swasta di Mukah dan cawangan Majlis demi mengeratkan lagi hubungan kerajaan dengan orang awam.

Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pihak Majlis serta pihak Kementerian atas kejayaan Projek IT bagi Jabatan Kerajaan. Sesungguhnya projek – projek seperti ini akan berjaya menjadikan kakitangan kerajaan khasnya dan masyarakat umum amnya menerima anjakan paradigma mengikut perubahan semasa.

Wassalam.

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE "


Walikota,
Majlis Daerah Dalat dan Mukah.