picture

 

BAHAGIAN PENILAIAN & PENCUKAIAN


Bahagian Penilaian & Pencukaian ini diketuai oleh Penolong Pegawai Penilaian W32 yang mana bertanggungjawab dalam tugasan mengukur dan mentaksirkan mana-mana bangunan dalam kawasan Mukah dan cawangan kecil MDDM untuk dikenakan cukai taksiran.

Peranan dan Fungsi

1. Mengukur pegangan untuk dinilai, seterusnya ditaksirkan dan dikenakan cukai, membuat dan menghantar bil taksiran.

2. Menyedia dan mengedar semua bil-bil menagih Cukai Taksiran bagi Daerah Mukah, Oya/Dalat, Balingian sama ada bil taksiran setengah tahun pertama,kedua atau tahunan.

3. Membuat nombor bagi setiap pegangan yang telah disukat dan dikenakan cukai taksiran.

4. Membuat pelan lakaran bagi lokasi pegangan (Locality Map)

5. Membuat pulangan (Returns) berhubung Bahagian Penilaian & Pencukaian serta menyimpan rekod pegangan di bawah kuasa Majlis memungut cukai taksiran.

6. Menguruskan hal-hal pertukaran hakmilik pegangan.

7. Memastikan setiap aduan terhadap pegangan disahkan dan diambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan permohonan mengurang atau membatalkan daripada dikenakan cukai taksiran atas sebab musabab yang realistik.

8. Memproses Form G1.

9. Bekerjasama dengan bahagian-bahagian berkaitan memeriksa pegangan bagi kebenaran mendapatkan Sijil Kependudukan (Occupation Permit.

10. Memastikan setiap arahan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini dilaksanakan dengan betul, cepat, amanah dan mesr.