picture

 

BAHAGIAN KEJURUTERAAN


Bahagian Kejuruteraan diketuai oleh Penolong Jurutera JA38, melaksanakan resolusi mesyuarat Ahli Jawatankuasa berhubung dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan, menyediakan kemudahan-kemudahan awam termasuk mengeluarkan tawaran kerja bagi projek-projek pembangunan, mengawasi perjalanan projek-projek berkenaan, menyelenggarakan bangunan-bangunan Majlis, jalan raya dan jambatan, memeriksa pelan bangunan dan menyediakan Permit Kependudukan (Occupation Permit).

Peranan dan Fungsi

1. Bertanggungjawab dalam menyedia dan membuat jalanraya, jambatan, parit dan lampu jalan.

2. Bertanggungjawab dalam pembentukan dan pengindahan landskap kawasan sekitar MDDM dan cawangan-cawangan kecilnya.

3. Memastikan keindahan dan kebersihan bandar, taman awam dan kawasan lapang terpelihara dan dijaga sepenuhnya.

4. Bertanggungjawab ke atas tanam-tanaman seperti bunga-bunga dan pokok- pokok milik MDDM dalam proses penghijauan alam sekitar.

5. Memproses & mengeluarkan Permit Kependudukan (Occupation Permit).