picture

 

BAHAGIAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN BANDAR


Bahagian Kesihatan & Perkhidmatan Bandar diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kesihatan U36, menjaga kebersihan seluruh bandar Mukah dan kawasan cawangan MDDM, memberi perkhidmatan kutipan dan pembuangan sisa-sisa pepejal, melaksanakan aktiviti kawalan perniagaan, program kawalan mutu makanan dan program kawalan vektor pembawa penyakit dan memeriksa bangunan baru (sanitasi).

Peranan dan Fungsi

1. Kebersihan bandar, pengurusan sisa pepejal, kawalan mutu makanan, kawalan vektor, pengurusan market dan tandas awam, perlesenan dan penjaja, kawalan anjing liar dan binatang berkeliaran, kesihatan alam sekitar dan pengurusan Masjid Setia Raja.

2. Mengutip dan membuang sampah-sarap di kawasan pelupusan bagi kawasan di bawah kuasa Majlis Daerah Dalat dan Mukah serta kawasan cawangan kecilnya yang lain.

3. Mengeluarkan, memperbaharui atau membatalkan pelbagai lesen.

4. Memastikan bahawa premis makanan, kawasan menyediakan makanan, dapur, tandas dan makanan yang disediakan dalam keadaan bersih, selamat dan memuaskan dengan menguatkuasakan Undang-Undang Majlis dan Undang-Undang yang berkaitan.

5. Memastikan bahawa kawasan persekitaran rumah bebas dari pembiakan nyamuk bagi membendung penyakit deman denggi, malaria, JE dan lain-lain.

6. Memberi ceramah/kursus pendidikan kesihatan dan pengendalian makanan untuk menyedarkan orang awam tentang peranan dan tanggungjawab mereka.

7. Menjaga kebersihan tandas awam, perparitan, pasar, kedai, gerai dan market dalam kawasan Mukah dan cawangannya.

8. Membantu orang awam berkaitan dengan tugas-tugas seperti mengadakan gotong-royong dan bantuan yang disalurkan adalah dari segi tenaga, perkakas atau kenderaan.

9. Membuat kawalan vektor, memberi khidmat penyemburan asap apabila ada kes merebak/berjangkit.

10. Mengadakan operasi menangkap anjing/binatang lain berkeliaran di atas jalanraya apabila menerima aduan berkenaan hal itu.

11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.