picture

SEKSYEN KEWANGAN

 

SEKSYEN KEWANGAN


Seksyen Kewangan diketuai oleh Penolong Akauntan W32, sebagai pusat pengawalan kewangan, pusat akaun, pembayaran, kutipan hasil seperti cukai pintu, pelbagai lesen dan perkhidmatan lain yang disediakan.

Peranan dan Fungsi

1. Menyimpan rekod kewangan Majlis, mengawal perbelanjaan dan menggalakkan pelaburan kewangan Majlis.

2. Mengutip bayaran pelbagai lesen, cukai rumah atau bayaran lain

3. Mengeluarkan pesanan tempahan/perkhidmatan seperti yang diarah oleh Setiausaha dan kemudian membuat pembayaran sebaik sahaja tempahan/perkhidmatan telah diberi dengan memuaskan.

4. Membuat deraf bagi Pendapatan dan Perbelanjaan Tahunan dan membuat perbelanjaan berpandukan kepada anggaran yang telah diluluskan oleh pihak atasan.

5. Memastikan setiap kutipan di kaunter-kaunter bayaran Majlis disimpan di bank dengan setiap hari.

6. Menyimpan rekod perbelanjaan dan pendapatan harian dalam Buku Tunai dan membuat laporan setiap bulan untuk diaudit.

7. Menyediakan Laporan Tahunan untuk diaudit dan dikemukakan kepada pihak atasan