picture

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

 

BAHAGIAN PENGUAT KUASA


Bahagian Penguat Kuasa diketuai oleh Pembantu Penguat Kuasa KP29 yang mana bidang tugas secara khususnya jalah menguatkuasakan Undang-Undang pemilik lesen-lesen perniagaan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahi Undang-Undang Kecil Majlis.

Peranan dan Fungsi

1. Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil, peraturan dan polisi Majlis.

2. Menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas sesuatu kes dalam konteks Undang-Undang yang dikuatkuasakan.

3. Membantu mana-mana bahagian apabila diperlukan pada bila-bila masa dan menjalankan tugas yang diarah oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

4. Membuat pemeriksaan/pengawasan di kawasan bandar dan pekan kecil lain terhadap kegiatan penjaja berlesen atau tanpa lesen.

5. Bertanggungjawab menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Majlis dan Ordinan Kuasa Tempatan.

6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.