BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

 

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN


Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu nadi jentera pengurusan pentadbiran Majlis, diketuai oleh Pegawai Tadbir (Setiausaha) N48, merangkap Ketua Jabatan bagi pejabat induk dan cawangan-cawangan kecil Majlis. Merupakan pusat pengurusan urusan pejabat, surat-menyurat, mengatur dan mengadakan pelbagai Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Ahli-Ahli Majlis, serta perhubungan awam dan hubungan langsung dengan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, agensi-agensi Kerajaan lain dan pihak swasta. Dalam bahagian ini juga Setiausaha akan dibantu oleh Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu Penolong Pegawai Tadbir N41.

Peranan dan Fungsi

1. Menguruskan urusan personel, bertanggungjawab dalam memberi peluang latihan dan kursus kepada kakitangan baru, jawatan kosong dan lain-lain berkaitan dengan pentadbiran.

2. Merancang, membuat belanjawan tahunan dan melaksanakan projek-projek pembangunan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

3. Mengendali Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Ahli-Ahli Majlis.

4. Mengendali tugas-tugas susulan keputusan Jawatankuasa Majlis.

5. Menyusun atur pelbagai aktiviti Ahli-Ahli Majlis dan Jawatankuasa.

6. Menghadiri dan membuat kerja susulan Mesyuarat Pembangunan Negeri, Bahagian dan Daerah.

7. Bekerjasama dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti bulanan peringkat Bahagian dan Daerah bersama agensi-agensi Kerajaan lain.

8. Berbincang dan berdialog bersama pemilik gerai Majlis dan orang ramai berhubung perkhidmatan Majlis.

9. Mengurus dan menyelia bahagian lain secara keseluruhannya.

10. Menyediakan khidmat, tempat, perkakas, kenderaan atau tenaga kerja seperti yang dikehendaki di peringkat daerah bagi mana-mana aktiviti masyarakat atau kerajaan yang dijalankan dari semasa ke semasa.