Apa Itu Cukai Taksiran

 

Apa Itu Cukai Taksiran


Cukai Taksiran yang dikenakan ke atas semua hartanah di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 61 dan Seksyen 90, Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan, 1996.

Cukai Taksiran dikira berdasarkan Nilai Tahunan yang Dikenakan Cukai (Annual Rateable Value) dan Kadar Cukai Tahunan (Annual Rate).

Bagaimanakah Cukai Taksiran Dikira?

Formula pengiraan:
Nilai Tahunan yang Dikenakan Cukai × Kadar Cukai (%) = Cukai Taksiran

Contoh pengiraan:

Nilai Tahunan yang Dikenakan Cukai: RM500


Kadar Cukai: 25.00% (Kadar mengikut perkhidmatan Majlis)


Pengiraan Cukai Taksiran:

RM500 × 25.00% = RM125.00 setahun

* Untuk pegangan Kediaman, akan menikmati Pengurangan Cukai, sila KLIK DI SINI untuk semakan peratusan kadar pengurangan