News

 

Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 5/2026

Posted on 12 Oct 2026
Source of News: Bahagian Penilaian & Pencukaian
Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 5/2026
MUKAH - Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 5/2026

Jom jumpa kami di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah!

Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 5/2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

- Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu)
- Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
- Tempat: Dataran Pehin Setia Raja, Mukah

Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk memudahkan urusan anda, antaranya:

* Pembayaran bil cukai taksiran
* Program Baik Pulih Rumah (PBBR)
* Aduan dan pertanyaan
* Urusan pindah milik pegangan
* Permohonan ukur periksa
* Pendaftaran e-Bil Cukai Taksiran
* Program Vaksinasi Anti Rabies
* Microchip dan Lesen Anjing

# JOM BAYAR, JOM DAPAT HADIAH!

Sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar cukai taksiran, hadiah istimewa turut disediakan. Rebut peluang ini dan kunjungi kaunter kami!

Makluman penting: MDDM telah menggunakan sistem e-Bil Cukai Taksiran sejak tahun 2025. Bil cukai taksiran tidak lagi dihantar secara fizikal, sebaliknya dihantar melalui pelbagai medium elektronik (e-bil). Pendaftaran e-bil boleh dibuat melalui Service Sarawak atau SPayGlobal.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan, menyelesaikan urusan dan mendapatkan maklumat secara terus daripada pihak MDDM. Kami sedia membantu anda!

Jumpa anda di sana!