News

 

Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Dan Majlis Daerah Dalat & Mukah

Posted on 12 Aug 2026
Source of News: Bahagian Pembangunan Komuniti, MDDM
Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Dan Majlis Daerah Dalat & Mukah
MUKAH - MDDM, UNICEF Meterai MoU Pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak

MUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (Child Friendly Cities Initiative – CFCI) di kawasan di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Dalat dan Mukah.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat, YB Datuk Sri Hajah Fatimah Abdullah. Hadir menandatangani MoU tersebut ialah Representative UNICEF Malaysia, Mr. Robert Gass dan Pengerusi MDDM, Yang Berusaha Kr. Aini Bin Suhaili, Pengerusi MDDM dan Setiausaha MDDM, En Bilong ak Engkas. Turut menyaksikan adakah YB Royston Bin Valentine,  ADUN N57 Tellian, Residen Bahagian Mukah, En Bujang Rahman Bin Seli, Ketua-Ketua Jabatan, Guru-Guru Besar, KMKK Daerah Mukah, dah Ahli-Ahli Majlis MDDM.

Kerjasama ini merupakan langkah awal ke arah pelaksanaan Pelan Tindakan Tiga Tahun CFCI bagi Daerah Dalat dan Mukah, dengan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan mesra kanak-kanak.

Inisiatif CFCI turut menekankan kepentingan mendengar suara dan keperluan kanak-kanak, memperkukuh ekosistem perlindungan kanak-kanak di peringkat akar umbi serta memastikan kanak-kanak, termasuk di kawasan luar bandar, mendapat hak dan peluang pembangunan yang saksama.

Melalui kerjasama strategik antara UNICEF, MDDM, agensi kerajaan, perkhidmatan sokongan keluarga dan komuniti, inisiatif ini diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap kualiti hidup kanak-kanak dan keluarga di Bahagian Mukah.

MoU ini mencerminkan komitmen bersama semua pihak dalam membangunkan Daerah Dalat dan Mukah sebagai persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan kondusif untuk generasi masa hadapan.