MUKAH - Mukah Food Festival (MFF) 2026 telah melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan menerusi Malam Penangguhan MFF 2026 yang berlangsung di Pantai Kala Dana, Mukah.
Program yang berlangsung sejak 31 Julai hingga 9 Ogos 2026 itu menghimpunkan pelbagai juadah makanan, aktiviti hiburan dan program menarik yang berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat serta pengunjung dari luar Mukah.
Kemuncak malam penangguhan turut diserikan dengan persembahan istimewa Lan Solo, sekali gus menutup tirai MFF 2026 dalam suasana penuh meriah.
Penganjuran MFF 2026 bukan sahaja menjadi platform mengetengahkan kepelbagaian makanan dan keunikan cita rasa tempatan, malah turut menyumbang kepada usaha merancakkan sektor pelancongan serta aktiviti ekonomi di Daerah Mukah.
MFF 2026 – Dari Mukah, Untuk Semua.