MUKAH - Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) akan mengadakan dua program menarik secara serentak untuk kemudahan dan manfaat komuniti setempat.
Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
PROGRAM YANG DIADAKAN
(1) Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 2/2026
Antara perkhidmatan yang disediakan:
-Program Baik Pulih Rumah (PBPR)
-Pembayaran Bil Cukai Taksiran
-Aduan & Pertanyaan
-Pindah Milik Pegangan
-Permohonan Ukur Periksa
-Pendaftaran e-Bil Cukai Taksiran
(2) Program Hari Kitar Semula Komuniti
Aktiviti melibatkan:
-Pengumpulan & pembelian barangan elektrik dan elektronik (e-waste)
-Pembelian barangan kitar semula
-Pembelian minyak masak terpakai secara tunai
Marilah bersama-sama menyokong komuniti hijau dan memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh MDDM.
Sama-Sama Mase’