News

 

Hari Bersama Pelanggan & Kaunter Bergerak MDDM Edisi 1/2026

Posted on 20 Apr 2026
Source of News: Bahagian Penilaian & Percukaian
Hari Bersama Pelanggan & Kaunter Bergerak MDDM Edisi 1/2026
MUKAH - HARI BERSAMA PELANGGAN & KHIDMAT KAUNTER BERGERAK MDDM EDISI 1/2026

Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dengan sukacitanya menjemput warga Mukah sekitar Pasar Lama Mukah, Kampung Pinang, Kampung Penakub Hilir, Medan Setia Raja, Desa Merak, Boulevard Commercial Centre, Kampung Datuk, Desa Delima, Jalan Boyan dan Jalan Oya, Mukah untuk hadir ke program Hari Bersama Pelanggan & Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 1/2026 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Dataran Udang @ Gerai Bumiputera, 96400 Mukah

Perkhidmatan Disediakan:
*Pembayaran cukai taksiran
*Pertanyaan & aduan berkaitan cukai
*Pindah milik pegangan & urusan berkaitan
*Pendaftaran dan langganan e-Bil cukai taksiran
*Lain-lain perkhidmatan MDDM

Makluman Penting kepada Pembayar Cukai:
Sejak tahun 2024, MDDM telah melaksanakan e-Bil Cukai Taksiran. Sehubungan itu, bil Cukai Taksiran tidak lagi dihantar secara fizikal.

Orang ramai disarankan untuk melanggan e-Bil Cukai Taksiran. Kami boleh membantu anda membuat langgan bil. Pegawai MDDM akan membantu anda membuat pendaftaran dan langganan e-Bil di lokasi program.

Sekiranya anda memerlukan bil Cukai Taksiran fizikal, anda juga boleh mendapatkannya terus di Kaunter kami.

Ayuh hadir dan selesaikan urusan anda dengan lebih mudah, cepat dan efisien!

“Sama-Sama Mase’”