Berita

 

Makan Malam Tahunan MDDM & MUDAK 2026

Disiarkan pada 12 Feb 2026
Sumber Berita: Majlis Daerah Dalat & Mukah
Makan Malam Tahunan MDDM & MUDAK 2026
MUKAH - Pada 9 Februari 2026, Majlis Daerah Dalat & Mukah dengan Kerjasama Kelab MUDAK sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menganjurkan Makan Malam Tahunan untuk para warga Majlis Daerah Dalat & Mukah.

Turut hadir pada Makan Malam yang bertemakan "Denim Night" itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi. Majlis yang sarat dengan cabutan bertuah yang gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis dan Jabatan Kerajaan di Daerah Mukah.