Berita

 

Taklimat Dan Pemilihan Lot Bazar Ramadan MDDM 2026

Disiarkan pada 11 Feb 2026
Sumber Berita: Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandar, MDDM
Taklimat Dan Pemilihan Lot Bazar Ramadan MDDM 2026
MUKAH - Taklimat Bazar Ramadan MDDM Medan Ria Setia Raja Mukah diadakan pada Rabu, 11 Februari 2026 bermula jam 8.30 pagi di Dewan 3, Aras 3 Bangunan Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah), Jalan Wawasan, Mukah. Sesi taklimat telah dimulai dengan kata aluan daripada Kaunselor Aini bin Suhaili, Pengerusi Majlis Daerah Dalat dan Mukah, dan diteruskan dengan taklimat kesihatan daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, taklimat penguatkuasaan daripada Pegawai KPDN Cawangan Mukah, taklimat pembiayaan perniagaan daripada pegawai Bank Rakyat Cawangan Mukah, pegawai Bank Agrobank Cawangan Mukah dan pegawai penguasa TEKUN Nasional Cawangan Mukah.

Taklimat ini telah dihadiri seramai 160 orang pemohon.

Taklimat Bazar Ramadan Anjung Selera Balingian telah diadakan pada Khamis, 12 Februari 2026 di Pejabat MDDM Cawangan Balingian dan dihadiri seramai 6 peniaga.

Taklimat Bazar Ramadan bagi kawasan Oya dan Dalat telah diadakan pada Jumaat, 13 Februari 2026 di Dewan Masyarakat Dalat. Sesi taklimat telah dihadiri oleh Kaunselor Aini bin Suhaili, Pengerusi Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pejabat Kesihatan Daerah Dalat dan wakil Pegawai TEKUN Nasional Cawangan Mukah.