Berita

 

Perasmian Bazar Ramadan Mukah 2026

Disiarkan pada 20 Feb 2026
Sumber Berita: Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandar, MDDM
Perasmian Bazar Ramadan Mukah 2026
MUKAH - Pada tahun ini, sebanyak 125 gerai telah menyertai Bazar Ramadan Mukah 2026 seliaan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi telah berkenan untuk melakukan perasmian. Turut hadir adalah Pengerusi MDDM En. Aini Bin Suhaili, Setiausaha MDDM En Bilong ak Engkas, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua/Wakil Jabatan-Jabatan kerajaan di Daerah Mukah.

Seperti biasa, Majlis Daerah Dalat & Mukah turut menyediakan Bazar Ramadan di Daerah Dalat, Daerah Kecil Oya dan di Daerah Kecil Balingian.