MUKAH - Dimaklumkan kepada semua pemilik pegangan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) bahawa:
MDDM TIDAK LAGI MENGHANTAR BIL CUKAI TAKSIRAN SECARA FIZIKAL ke alamat pegangan anda untuk pegangan seperti berikut:
* Rumah Kedai (Shophouse)
* Taman Perumahan (Housing Estate)
* Perindustrian Ringan (Light Industrial)
Pilihan mendapatkan Bil Cukai Taksiran:
(1) e-Billing (Tanpa Bil Fizikal)
* e-Bil dihantar ke emel anda
* SPay Global
* Langganan Terus Service Sarawak
(2) Bil Fizikal
* Kaunter OSC MDDM
* Kaunter Service Sarawak
Perhatian:
Adalah menjadi tanggungjawab pemilik pegangan untuk memastikan Bil Cukai Taksiran diperoleh dan dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.
- Sila imbas kod QR untuk pendaftaran e-Bil bagi yang belum mendaftar.
- Semua jenis pegangan adalah digalakkan untuk mendaftar e-Bil Cukai Taksiran MDDM.
Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.
Terima kasih.
Sama-Sama Mase’