Berita

 

Serah Tugas Setiausaha Majlis Daearah Dalat & Mukah

Disiarkan pada 07 Jan 2026
Sumber Berita: Majlis Daerah Dalat & Mukah
Serah Tugas Setiausaha Majlis Daearah Dalat & Mukah
MUKAH - Majlis Serah Tugas Setiausaha Majlis Daerah Dalat & Mukah telah berlangsung pada 5 Januari 2026. Penyerahan tugas Setiausaha Majlis ini adalah daripada Encik Abdul Razak Bin Awang Bini kepada Setiausaha baharu, Encik Bilong Anak Engkas.

Warga MDDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Abdul Razak atas dedikasi, komitmen serta sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga segala pengalaman dan jasa yang dicurahkan menjadi bekalan berharga kepada Warga MDDM dalam meneruskan perjalanan seterusnya.

Majlis Daerah Dalat & Mukah turut mengalu-alukan kehadiran Encik Bilong sebagai Setiausaha baharu, dan mendoakan agar beliau terus diberi kejayaan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam menerajui pentadbiran Majlis ke arah kecemerlangan. Semoga MDDM akan beroleh kecemerlangan dalam pentadbiran, memperkukuh kerjasama pasukan serta membawa idea-idea segar demi kemajuan Majlis dan kesejahteraan masyarakat setempat di bawah kepimpinan beliau.

Majlis ini telah disaksikan oleh Pengerusi MDDM, Kr Aini Bin Suhaili. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Daerah Dalat & Mukah