Berita

 

Notis Pemberitahuan Tawaran Permit Dan Tapak Bazar Ramadan 1447H (2026M)

Disiarkan pada 16 Dec 2025
Sumber Berita: Unit Pelesenan, Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar
Notis Pemberitahuan Tawaran Permit Dan Tapak Bazar Ramadan 1447H (2026M)
MUKAH - Majlis Daerah Dalat dan Mukah mempelawa warga Malaysia yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis untuk memohon Permit dan Tapak Bazar Ramadan 1447H (2026M) yang akan berlangsung mulai 19 Februari 2026 hingga 20 Mac 2026 di lokasi berikut: Medan Ria Setia Raja Mukah, Pasar Petang Waterfront Dalat, Oya Square/Oya Walk dan Anjung Selera Balingian.

Permohonan Angka Giliran boleh dibuat secara Online atau Manual bermula 9 Februari 2026 (9.00 pagi – 3.00 petang) melalui laman web rasmi Majlis di : https://mukah-dalatdc.sarawak.gov.my

Keputusan pemohon yang berjaya (berdasarkan kaedah First Submit, First Serve) akan dipaparkan di laman web rasmi Majlis pada 10 Februari 2026.
Sesi Taklimat Kesihatan, pemilihan tapak serta pembayaran permit akan diadakan pada 11 Februari 2026.

Pemohon diwajibkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk suntikan Anti-Typhoid yang sah, Sijil Latihan Pengendali Makanan (2022 ke atas) serta pemeriksaan kesihatan bagi tahun 2026.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Majlis atau hubungi Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar di talian 084-871622 pada waktu pejabat.