MUKAH - Pihak Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) akan mengadakan program khas untuk pemilik anjing bagi memastikan keselamatan komuniti daripada ancaman rabies.
Tarikh & Lokasi:
08 November 2025 — MDDM Cawangan Dalat
15 November 2025 — Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
Masa: 9:30 pagi – 3:00 petang
Peringatan Penting:
- Vaksinasi rabies & pelesenan adalah WAJIB
- Pastikan anjing berumur 3 bulan ke atas, tidak bunting & tidak menyusu
- Bawa kad pengenalan pemilik anjing
- Pastikan anjing tidak berkeliaran
Ayuh bersama kita cegah rabies dan lindungi komuniti kita!