MUKAH - Majlis Daerah Dalat dan Mukah mempelawa pemohon yang berminat untuk menyewa gerai atau kiosk di lokasi berikut:
Lokasi & Jenis Kekosongan:
1) Market MDDM Balingian – Pelbagai Jualan (1 kekosongan)
2️) Pusat Penjaja Balingian – Ikan Segar (2 kekosongan)
3️) Tamu Medan Selera Matadeng – Pelbagai Jualan (6 kekosongan)
4️) Mykiosk (Hub Usahawan / Boulevard Setia Raja / Medan Mall) – Makanan & Minuman (3 kekosongan)
Tarikh tutup permohonan: 12 November 2025 (Rabu), jam 4.00 petang
Syarat asas permohonan:
- Warganegara Malaysia, keutamaan kepada penduduk di kawasan pentadbiran MDDM (Dalat, Oya, Mukah & Balingian)
- Berumur 18 tahun ke atas
- Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, MDDM dengan bayaran RM5.00
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Unit Pelesenan, MDDM di Talian 084-871622 / 871623 / 871632