Berita

 

Focus Group Discussion 01 bagi Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan - ‘Sustainable Development Goal (SDGs) Roadmap’ dan ‘Voluntary Local Review (VLR) Dalat dan Mukah

Disiarkan pada 24 Apr 2024
Sumber Berita: Majlis Daerah Dalat & Mukah


MUKAH - Satu sesi Focus Group Discussion 01  bagi Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan - ‘Sustainable Development Goal (SDGs) Roadmap’ dan ‘Voluntary Local Review (VLR) Dalat dan Mukah telah diadakan di Aras 3,Pusat Pentadbiran Baru Mukah. Sesi tersebut telah diadakan dengan jayanya bersama pihak Urbanice Malaysia. FGD tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Ekonomi Merangkap Ahli Parlimen P.213 Mukah YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib. Sesi FGD tersebut turut melibatkan beberapa jabatan lain di Mukah termasuk Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah termasuk Badan Sukarela. Tujuan FGD ini diadakan adalah untuk membina kapasiti dan kefahaman tentang kemampanan bandar di peringkat tempatan dalam kawasan Mukah dan Dalat bagi mencapai Agenda 2030.