Berita

 

Lawatan Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SPB-PBT) 2024

Disiarkan pada 23 Jan 2024
Sumber Berita: Majlis Daerah Dalat & Mukah


MUKAH - Pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) akan membantu untuk menggredkan tahap prestasi PBT dalam menjalankan peranannya ke arah meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan. Sistem ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) adalah di antara PBT di Malaysia yang dinilai oleh pihak Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Lawatan Inspektorat Bagi Penilaian Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT). MDDM komited untuk menyampaikan mutu perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat setempat.