picture

News

 

Perasmian Mukah Food Festival (MFF) 2023

Posted on 27 Oct 2023
Source of News: Majlis Daerah Dalat & Mukah


MUKAH - Majlis Perasmian Mukah Food Festival (MFF) 2023 akan berlangsung pada 28 Oktober 2023 pada jam 8.00 malam ini di Pentas Utama Pavilion MFF oleh Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian.
 
Majlis menjemput warga masyarakat untuk hadir dan menyaksikan saat yang bersejarah ini dan julung kali diadakan di kawasan Majlis. Semoga kehadiran Yang Berhormat akan menambah kemeriahan Mukah Food Festival ini dan dapat mengukuhkan objektif penganjuran festival ini dengan keharmonian masyarakat yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat kerana sudi bersama dengan Majlis pada malam ini!
 
Semua usahawan dan peniaga MFF sudah bersedia untuk menyambut pengunjung-pengunjung yang mensasarkan makanan yang ada di festival ini.
 
Jom, Berambih Keman Telou memin!