picture

News

 

Majlis Penangguhan Penutupan MFF 2023

Posted on 11 Nov 2023
Source of News: Majlis Daerah Dalat & Mukah


MUKAH - Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Yakub Arbi , Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Balingian kerana sudi merasmikan Majlis Penangguhan Penutupan Mukah Food Festival 2023 Edisi Pertama pada Sabtu, 11 November 2023. Semoga kehadiran Yang Berhormat akan terus memberikan sokongan padu untuk penganjuran Mukah Food Festival pada masa akan datang demi menyuburkan ekonomi tempatan dan menjadikan kawasan Mukah sebagai destinasi pilihan untuk kluster pelancongan. Diharapkan warga masyarakat terus bergiat aktif dalam industri makanan dan perniagaan sebagai titik tolak ekonomi tempatan yang mampan dan berdaya maju selepas ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan festival ini dan tanpa sokongan masyarakat dan para pemimpin, objektif penganjuran festival tidak akan tercapai!

Jumpak gak Berambih Keman Telou pada ta'un baao neh!