Sesi Dialog bersama Para Penyewa Gerai Medan Selera Open Air di Hub Usahawan Belia @ Mukah
Posted on 27 Dec 2023
Source of News: Majlis Daerah Dalat & Mukah
MUKAH - Satu sesi dialog bersama kumpulan sasar pemegang taruh Majlis, komuniti peniaga dan penyewa Gerai Medan Selera Open Air di Bangunan Hub Usahawan Belia @ Mukah telah berjaya diadakan pada pagi Rabu, 27 Disember 2023 di Aras 1, Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM). Dialog ini telah dipengerusikan oleh Tuan Abdul Razak bin Awang Bini, Setiausaha MDDM dan pelbagai perkongsian halatuju program keusahawanan serta cadangan perubahan dan penambahbaikan terma syarat perjanjian sewa telah dibincangkan.
Semoga matlamat dan visi Majlis untuk merancakkan kegiatan ekonomi setempat di Hub Usahawan Belia @ Mukah akan tercapai pada tahun-tahun mendatang dengan sokongan pelbagai pihak di kawasan Majlis. Terima kasih diucapkan kepada semua peniaga terlibat yang telah hadir dan bekerjasama penuh dengan Majlis.