picture

News

 

Khidmat Kaunter Bergerak MDDM Edisi 4/2023

Posted on 23 Oct 2023
Source of News: Valuation Section

BALINGIAN - Pasukan Kaunter Bergerak MDDM kali ini akan turun padang untuk Edisi 4/2023. Pemilik pegangan Balingian Bazaar, Balingian New Township, Kampung Suyong, Kampung Pulat, Kampung Masjid, Kampung Lintang, Kampung Baru & Kampung Kuala Balingian dinasihatkan untuk merebut peluang berurusan terus dengan kakitangan MDDM khasnya untuk tujuan pembayaran Cukai Taksiran. Antara lain perkhidmatan yang diberikan adalah Pertanyaan/Aduan Berkenaan Cukai Taksiran, Pindah Milik Pegangan, Permohonan Ukurperiksa bagi Pegangan Baru dan Lain-Lain Aduan berkaitan Perkhidmatan Majlis.

Tarikh : 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 8.00am - 3.00pm
Tempat : Ruang Pejalan Kaki, Balingian Bazaar, 96530 Balingian
 
Sama-Sama Mase