picture

News

 

Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti

Posted on 22 May 2023
Source of News: FB MDDM
BALINGIAN : Majlis telah memenuhi jemputan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak dengan menghantar pegawai Majlis, Encik Hamdani bin Mohamad dari Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar untuk menyampaikan ceramah bertajuk Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan/Penempatan kepada peserta-peserta program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti pada Isnin, 22 Mei 2023 bertempat di Dewan Masyarakat Balingian, Pekan Balingian.
.
Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada ketua masyarakat dan ketua kaum, kaunselor, termasuk JKKK Kampung, penduduk kampung setempat dan pemain industri perladangan di kawasan daerah kecil Balingian telah hadir ke program tersebut.
.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang isu berkaitan dengan pembakaran terbuka serta kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan setempat. Selain itu, melalui program ini, diharapkan agar dapat menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk peka dan semangat keempunyaan dalam menjaga alam sekitar.
Agensi kerajaan yang dilibat sama dalam program ini ialah Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NREB) Sarawak, selaku penganjur, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Daerah Dalat & Mukah, Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dan Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.
.
Semoga kerjasama di antara agensi akan sentiasa dijalin dan dieratkan demi kemampanan alam sekitar dan sumber alam semulajadi yang lebih makmur pada masa akan datang. Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan kepada Majlis.