picture

Announcement

 

Notis Tarikh Akhir Pembayaran Cukai Taksiran Setengah Tahun Pertama 2023

Posted on 30 May 2023

Sukacita untuk memberi peringatan kepada semua pemilik pegangan yang dikenakan Cukai Taksiran di bawah kawasan bidangkuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah supaya membayar Cukai Taksiran bagi:

Setengah (½) Tahun Pertama 2023 (Januari - Jun 2023) sebelum atau pada 31 Mei 2023(Rabu)

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan denda/surcaj pada kadar 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan seperti yang termaktub di bawah Seksyen 74(1), Bahagian VIl, Local Authorities Ordinance, 1996.

Pembayaran boleh dibuat di semua Kaunter Pembayaran Majlis Dalat & Mukah (HQ, MDDM Cawangan Dalat & MDDM Cawangan Balingian). Pembayaran juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Service Sarawak, mesin kiosk Service Sarawak atau S Pay Global.