Polls
Announcements

Perutusan Setiausaha

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melayari laman sesawang MDDM. Kami komited untuk menjadikan laman web ini sebagai platform utama untuk menyampaikan maklumat yang telus, tepat dan terkini kepada pelanggan kami. Segala maklumat akan sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif agar ianya dapat memberi manafaatkepada pelanggan Majlis. Ini selaras dengan kemajuan luar biasa yang dibuat dalam

Teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu dunia tanpa sempadan, di mana maklumat boleh didapati dengan satu klik sahaja. Kerja-kerja rangkaian komunikasi yang pantas dan cekap menyediakan tempat untuk orang ramai dengan berkesan memfailkan aduan pertanyaan, cadangan, pandangan dan komen mengenai perkhidmatan yang disediakan dan pada masa yang sama MDDM boleh memberi maklumbalas dan mengambil tindakan dengan cepat. Dalam aspek ini, saya percaya, laman web ini akan berkesan meningkat dan menyumbangkan ke arah sistem penyampaian yang lebih baik.

Dengan anjakan paradigma selaras hasrat kerajaan ke arah transformasi Pihak Berkuasa Tempatan, MDDM sentiasa meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang. Oleh itu, MDDM kena peka perkembangan semasa dan kehendak pelanggan demi menghasilkan output dan impak yang optima.

Dengan mengamalkan nilai-nilai teras SCS, muafakat, utamakan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan agar dapat memacu MDDM untuk mampan dan terus kekal sebagai sebuah organisasi yang cemerlang.

Saya berharap laman web ini akan memberi informasi berguna kepada pelanggan Majlis untuk menilai peranan dan perkhidmatan MDDM.

Sekian, Terima Kasih.

Wassalam.

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE“


 

Setiausaha,
Majlis Daerah Dalat dan Mukah.