Laman Web Rasmi Majlis Daerah Dalat & Mukah
Sejarah awal penubuhan Pihak Berkuasa seluruh Sarawak adalah di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1948 (Local Authorities Ordinance 1948) di bawah pemerintahan Kerajaan British. Dengan adanya ordinan tersebut, penggubal-penggubal Undang-Undang Tempatan (Law Makers) memberi kuasa kepada Gabenor untuk.....
Learn MorePress Release, 23 January 2024
MUKAH - Pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) akan membantu untuk menggredkan tahap prestasi PBT dalam menjalankan peranannya ke arah meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan. Sistem ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM) adalah di antara PBT di Malaysia yang dinilai oleh pihak Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Lawatan Inspektorat Bagi Penilaian Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT). MDDM komited untuk menyampaikan mutu perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat setempat.
Press Release, 23 October 2023
BALINGIAN - Pasukan Kaunter Bergerak MDDM kali ini akan turun padang untuk Edisi 4/2023. Pemilik pegangan Balingian Bazaar, Balingian New Township, Kampung Suyong, Kampung Pulat, Kampung Masjid, Kampung Lintang, Kampung Baru & Kampung Kuala Balingian dinasihatkan untuk merebut peluang berurusan terus dengan kakitangan MDDM khasnya untuk tujuan pembayaran Cukai Taksiran. Antara lain perkhidmatan yang diberikan adalah Pertanyaan/Aduan Berkenaan Cukai Taksiran, Pindah Milik Pegangan, Permohonan Ukurperiksa bagi Pegangan Baru dan Lain-Lain Aduan berkaitan Perkhidmatan Majlis. Tarikh : 28 Oktober 2023 (Sabtu) Masa : 8.00am - 3.00pm Tempat : Ruang Pejalan Kaki, Balingian Bazaar, 96530 Balingian Sama-Sama Mase
Press Release, 27 October 2023
MUKAH - Majlis Perasmian Mukah Food Festival (MFF) 2023 akan berlangsung pada 28 Oktober 2023 pada jam 8.00 malam ini di Pentas Utama Pavilion MFF oleh Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian. Majlis menjemput warga masyarakat untuk hadir dan menyaksikan saat yang bersejarah ini dan julung kali diadakan di kawasan Majlis. Semoga kehadiran Yang Berhormat akan menambah kemeriahan Mukah Food Festival ini dan dapat mengukuhkan objektif penganjuran festival ini dengan keharmonian masyarakat yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat kerana sudi bersama dengan Majlis pada malam ini! Semua usahawan dan peniaga MFF sudah bersedia untuk menyambut pengunjung-pengunjung yang mensasarkan makanan yang ada di festival ini. Jom, Berambih Keman Telou memin!
Press Release, 28 October 2023
MUKAH - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine, ADUN N57 Tellian kerana sudi merasmikan Mukah Food Festival (MFF) 2023 Edisi Pertama. Semoga Festival yang julung kali diadakan ini akan merancakkan ekonomi setempat dan sekitar kawasan Majlis demi kemampanan usahawan dan peniaga yang sedang mencipta serta mengekalkan momentum perniagaan mereka pada masa sekarang. Terima kasih YB Royston di atas sokongan padu beliau dan Pusat Khidmat N.57 Tellian, sama-sama kita bergandingan makanya impak usaha akan lebih menyeluruh dan menepati sasaran!
Press Release, 11 November 2023
MUKAH - Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Yakub Arbi , Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Balingian kerana sudi merasmikan Majlis Penangguhan Penutupan Mukah Food Festival 2023 Edisi Pertama pada Sabtu, 11 November 2023. Semoga kehadiran Yang Berhormat akan terus memberikan sokongan padu untuk penganjuran Mukah Food Festival pada masa akan datang demi menyuburkan ekonomi tempatan dan menjadikan kawasan Mukah sebagai destinasi pilihan untuk kluster pelancongan. Diharapkan warga masyarakat terus bergiat aktif dalam industri makanan dan perniagaan sebagai titik tolak ekonomi tempatan yang mampan dan berdaya maju selepas ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan festival ini dan tanpa sokongan masyarakat dan para pemimpin, objektif penganjuran festival tidak akan tercapai! Jumpak gak Berambih Keman Telou pada ta'un baao neh!
Press Release, 02 February 2024
Press Release, 03 March 2022
Pihak Majlis Daerah Dalat & Mukah komited ke arah arah ekonomi digital menjelang Tahun 2025. Oleh yang demikian menjelang 2025, pihak Majlis TIDAK LAGI menghantar Bil Cukai Taksiran Fizikal ke alamat kediaman anda. Pihak Majlis mengalakkan anda untuk memohon e-Bil Cukai Taksiran bagi memudahkan Pihak Majlis menghantar terus bil Cukai Taksiran ke alamat emel anda, seterusnya dapat melakukan pembayaran sebelum tarikh akhir. Pemilik Pegangan yang tidak memohon e-Bil Cukai Taksiran perlu untuk mendapatkan sendiri Bil Cukai Taksiran Fizikal di mana-mana Kaunter Pembayaran/One Stop Counter(OSC) MDDM. Alasan tidak menerima Bil TIDAK Akan Dipertimbangkan untuk sebarang permohonan pengecualian denda lewat mahupun pengurangan Cukai Taksiran Borang permohonan e-Bil Cukai Taksiran boleh didapati diisi secara : (Sila Klik Pada Pautan Di Bawah) (i) Dalam Talian (Online) (ii) Secara Manual (Mengisi Borang)