Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 18 Jan 2020
Versi 8.2.2
Lawatan Muhibbah Kelab MUDAK ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Mukah
Tarikh : 13 Dec 2019
 


MUKAH - Kelab Rekreasi Majlis Daerah Dalat & Mukah (MUDAK) telah menganjurkan satu Lawatan Muhibbah ke Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Mukah sempena sambutan Pra Krismas 2019. Lawatan ini telah melibatkan Exco Kelab MUDAK  dan ahli-ahli kelab.
Lawatan ini adalah salah satu program yang telah dirancang oleh MUDAK sebagai satu Corporate Social Responsibility (CSR) pada tahun 2019. Kelab menyumbangkan sejumlah barang keperluan untuk 25 orang pelatih PPDKyang aktif dan sebahagian kepada staf PPDK.

Kelab MUDAK akan merancang aktiviti yang serupa pada tahun hadapan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kecintaan sesama insan di kalangan ahli kelab dan komuniti setempat. Lawatan mendapati ada hasil tangan yang kreatif daripada pelatih yang boleh dikomersilkan oleh pihak yang berminat. Kelab MUDAK turut menawarkan khidmat sosial yang lain pada masa akan datang kepada PPDK Mukah.