Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 10 Dis 2019
Versi 8.2.2
Pay-B-Run 2019
Tarikh : 24 Nov 2019
 

MUKAH - Acara Pay-B-Run 2019 anjuran MDDM dan Kelab MUDAK telah dilangsungkan dengan jayanya pada Sabtu 23 November
2019. Acara yang bermula seawal jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi tersebut telah berlangsung di  di Tapak Pesta Kaul Mukah. Sasaran 150 peserta telah tercapai dalam acara ini di mana seramai 227 orang peserta telah mendaftar dan memeriahkan Pay-B-Run 2019. Aktiviti membersih tepian pantai telah dijalankan selepas acara larian tamat. Keputusan acara larian Kategori Lelaki, Johan - Chan Hua Chien, Naib Johan - Stanley Belabun Anak Gindam dan Ketiga dimenangi oleh Danny Ambau Anak Peter. Kategori Wanita telah dimenangi oleh Connie Nilon, Kedua - Lee En dan Ketiga - Lousia Anak Chunggat.

Promosi hebat yang dilakukan oleh pihak penganjur telah menarik minat peserta bukan sahaja sekitar Bahagian Mukah (Mukah, Dalat, Balingian, Oya dan Daro) malah juga dari Miri, Bintulu dan Sibu. Harapan kita agar semakin ramai peminat aktiviti sihat seperti ini akan menyertai Pay B Run yang akan datang. Sambutan yang amat menggalakkan daripada semua peserta menyuntik semangat penganjur untuk terus mengadakan acara ini dengan kapasiti yang lebih baik pada masa akan datang.

Adalah menjadi harapan kesedaran tentang menjaga kebersihan dan keindahan pantai kita di Mukah dapat dipupuk di kalangan komuniti, lebih-lebih lagi di Daerah Mukah yang terkenal dengan hasil laut; pantai mesti dijaga untuk kelestarian yang berpanjangan.