Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 21 Nov 2019
Versi 8.2.2
Tatacara Pengungsian Bangunan
Tarikh : 10 Oct 2019
 

MUKAH - Pengisian Sambutan Hari EKSA MDDM 2019 turut diselitkan dengan Taklimat Dan Demonstrasi Tatacara Pengungsian Bangunan oleh pihak Pelita Holdings. Taklimat
dan Demonstrasi ini adalah usahasama Unit OSHA MDDM yang diketuai oleh Pn Nabila Bt Daud dengan pihak Pelita Holdings yang diketuai oleh En. Jamaludin Bin Deni yang turut dibantu oleh 2 kakitangan Pelita. Antara lain yang ditekankan oleh pihak Pelita selaku pemilik dan penyelenggara bangunan adalah langkah-langkah keselamatan semasa kecemasan, tunjuk arah dan demonstrasi penggunaan laluan kecemasan. Para peserta yang terlibat turut berkumpul di "Assembly Point" semasa siren kecemasan dibunyikan dengan menggunakan laluan kecemasan tersebut. Syabas diucapkan kepada J/K Induk EKSA dan Unit OSHA MDDM.