SEKSYEN PERPUSTAKAAN

Seksyen Perpustakaan diketuai oleh Pembantu Perpustakaan S26.

Peranan dan Fungsi

1. Mengurus dan menyeliakan perkhidmatan perpustakaan Daerah, Cawangan, Bergerak dan Perpustakaan Desa di bawah bidangkuasa Majlis.

2. Menyedia, mengurus dan menyelenggarakan koleksi (bahan) perpustakaan.

3. Menyediakan dan mengurus perkhidmatan pinjaman / pemulangan buku dan perkhidmatan rujukan.

4. Merancang dan menjalankan aktiviti promosi / aktiviti-aktiviti galakan membaca di kalangan masyarakat setempat.

5. Menyelia sistem aplikasi yang digunakan di perpustakaan.

6. Merancang dan mengenalpasti tapak baru untuk memperkembangkan pusat perkhidmatan di kawasan-kawasan dalam bidangkuasa Majlis.

7. Menyelaras program / projek pembangunan perpustakaan baru dengan pihak Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan Pustaka Negeri Sarawak.

Kemudahan Yang Disediakan

*Dewan Serbaguna

*Bilik Perbincangan

*Bilik Tayangan

*Ruang Pembaca

*Online Public Access Catalog (OPAC)

*Bilik Tempat Letak Beg Pembaca

*Surau