Polls
Announcements

SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah awal penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Sarawak adalah di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1948 (Local Authorities Ordinance 1948) di bawah pemerintahan Kerajaan British. Dengan adanya Ordinan tersebut, penggubal-penggubal Undang-Undang Tempatan (Law Makers) memberi kuasa kepada Gabenor untuk menubuhkan satu badan yang diberi nama Pihak Berkuasa Tempatan (Local Authority @ Local Council). Semua pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan kuasa masing-masing mengikut peruntukan Ordinan tersebut dan diberi kuasa untuk menggubal Undang-Undang Kecil @ Subsidiari (Local Council By-Laws) yang mana harus dipatuhi oleh penduduk di bawah kuasaan Pihak Berkuasa tempatan tertentu.

Majils Daerah Dalat dan Mukah merupakan salah sebuah daripada agensi Kerajaan Tempatan yang mula berkuatkuasa dalam tahun 1947 di bawah ordinanKuasa Tempatan 1948 (Local Authority 1948) semasa pemerintahan Rajah James Brooke.

Julung kalinya Majlis Daerah Dalat dan Mukah telah rnemilih dan melantik Ahli-Ahli Majlis (Council Councilor) pada tahun 1956 melalui Local Government Election Ordinance. Selepas enakmen tersebut, para Kaunselor telah dipilih melalui pilihanraya. Pilihanraya pertama untuk para Kaunselor telah diadakan dalam tahun 1959. Namun demikian, Ordinan ini terpaksa diberhentikan bagi tujuan kegunaan Kuasa Tempatan pada 1 November 1981. Mulai dari itu, para Kaunselor hanya akan memegang jawatan ini melalui proses pelantikan atas cadangan parti politik yang diwakili oleh mereka. Proses ini dijalankan sehingga sekarang.

Kemajuan dan perubahan ideologi poiltik semasa telah mempengaruhi perkembangan dan pertambahan kuasa Kerajaan Tempatan Majlis Daerah Dalat dan Mukah. Pada awalnya, Majlis ini hanya dikenali sebagal Native Local Authority (NLA). Melalui proses perkembangan dan arus perubahan politik, ditukargantikan kepada Racially-Mixed Local Authority (RMLA). Sehinggalah Malaysia mencapai kemerdekaannya, yang mana kerajaan British tidak lagi memegang teraju pimpinan, maka RMLA ditukarkan pula kepada nama Majlis Daerah Mukah.

Majils Daerah Dalat dan Mukah hanya diberikan selepas tahun 1981 di mana pertambahan bidang kuasa Majlis yang bertumpu di Mukah, diperkembangkan ke Daerah Dalat, Pekan Kecil Oya, Daerah Kecil Balingian dan Daerah Selangau. Walau bagaimanapun, Daerah Selangau telah diserahkan kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu sempena persempadanan semula hasil pembentukan Bahagian Mukah.