Polls
Announcements

Kumpulan Kaul IX MDDM Johan Konvensyen KIK 2022 PBT Sarawak

KUCHING - Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sarawak 2022 telah berlangsung pada 8-10 Ogos 2022 bertempat di Hotel Raia & Pusat Konvensyen Kuching.

Pada Konvensyen kali ini, Kumpulan Kaul IX yang mewakili Majlis Daerah dalat & Mukah (MDDM) telah dinobatkan sebagai Johan yang membawa pulang wang hadiah kemenangan berjumlah RM2,000.00.

Bagi memastikan kerja-kerja kutipan sampah dapat dilakukan dengan cekap, Kumpulan Kaul IX dengan tajuk "Longgakan Sampah Sarap Yang Melimpah Keluar Dari Tong Sampah" telah mencipta sebuah alat inovasi yang dipanggil Trash Bin Sensors (TRASENS). Alat ini dicipta berdasarkan permasalahan-permasalahan yang sering berlaku dalam proses pembersihan.

TRASENS direka dengan aplikasi supaya dapat mengesan tahap muatan di dalam tong sampah adalah pada kadar yang telah ditetapkan. Apabila muatan muatan tong sampah penuh, kakitangan Majlis akan menerima isyarat dari aplikasi tersebut dan akan menghubungi pihak yang bertanggungjawab untuk mengangkat muatan sampah tersebut.

Penggunaan TRASENS akan meningkatkan keberkesanan operasi pengurusan sisa pepejal dengan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik bagi petugas Pembantu Awam, H11. Penggunaan TRASENS juga merupakan inisiatif pihak Majlis dalam menangani aduan awam mengenai longgokan sampah yang bertaburan di sekeliling tong sampah di taman awam.

Sampah sarap yang bertaburan dan longgokan sampah merupakan antara pandangan yang menjengkelkan masyarakat dan boleh menjejaskan imej Bandar Mukah sebagai pilihan destinasi pelancongan.Sehubungan itu, TRASENS secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat berminda kelas pertama yang bertanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dalam aspek kebersihan persekitaran.