Berita

Keputusan Rasmi Angka Giliran Untuk Memilih Lot Tapak Bazar Ramadan Di Medan Ria Setia Raja, Mukah 2023
Tarikh : 14 Mar 2023
 

MUKAH - Majlis Daerah Dalat & Mukah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemohon yang berjaya mendaftar bagi Tapak Bazar Ramadan Medan Ria Setia Raja 2023. Semua pemohon diwajibkan untuk menghadiri sesi taklimat Bazar Ramadan pada Khamis, 16 Mac 2023 pada jam 8.30 pagi di Bilik Seminar, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran Baru Bahagian Mukah, Jalan Wawasan, 96400 Mukah.

Keputusan di bawah adalah berdasarkan timestamp penerimaan permohonan (submission). Bilangan lot dipaparkan akan ada perubahan semasa sesi pemilihan lot berdasarkan pertindihan nama pemohon.

*Keputusan ini adalah muktamad.
Majlis melaksanakan kaedah angka giliran (First Come, First Serve) ini demi memastikan pemilihan lot bazar dilakukan dengan telus dan adil. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemohon di atas kerjasama demi kemajuan di kawasan kita.

 

(Sila Klik Di Sini Untuk Paparan Lebih Jelas)