Berita

Khidmat Kaunter Bergerak MDDM 1/2023
Tarikh : 13 Mar 2023
 

OYA - Pasukan Kaunter Bergerak MDDM kali ini akan turun padang untuk Edisi 1/2023. Pemilik pegangan di Oya Bazar, Kampung Senau, Kampung Boom, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Baru, Kampung Bakong, Kampung Patok,Kampung Terus dan Kampung Teh, Oya dinasihatkan untuk merebut peluang berurusan terus dengan kakitangan MDDM khasnya untuk tujuan pembayaran Cukai Taksiran. Antara lain perkhidmatan yang diberikan adalah Pertanyaan/Aduan Berkenaan Cukai Taksiran, Pindah Milik Pegangan, Permohonan Ukurperiksa bagi Pegangan Baru dan Lain-Lain Aduan berkaitan Perkhidmatan Majlis.

Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu)

Masa : 8.00am - 4.00pm

Tempat : Dewan Masyarakat, Oya

Sama-Sama Mase'