Berita

Larangan Bercucuk Tanam Di Bahu Jalan Kawasan Perumahan Seliaan MDDM
Tarikh : 30 Jan 2023
 

MUKAH - Merujuk kepada Building Ordinance, 1999 Section 20 (1) 'No tree unless it of a specie allowed by the local authority shall be planted within 4 metres of any street or back-line'.

Justeru itu, tuan/puan adalah TIDAK DIBENARKAN untuk bercucuk tanam di tepi/bahu jalan di kawasan perumahan dan sekiranya GAGAL mematuhi arahan tersebut tuan/puan boleh dikenakan denda sebanyak RM500.

Oleh itu, pihak tuan dinasihatkan untuk memusnah dan memastikan kawasan tersebut dibersihkan daripada tanaman sedia ada yang telah ditanam oleh pihak tuan/puan.

Sekiranya tuan/puan tidak mematuhi notis tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, pihak majlis akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang kecil yang sedia ada.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.