Polls
Announcements

Berita

Khidmat Kaunter Bergerak MDDM 3/2022
Tarikh : 23 Sep 2022
 

MUKAH - Pasukan Kaunter Bergerak kali ini akan turun padang khas untuk penduduk di Balingian. Penduduk di Pekan Lama Balingian, Pekan Baru Balingian, Kampung Suyong, Kampung Pulat, Kampung Masjid, Kampung Lintang, Kampung Baru, Kampung Kuala Balingian dinasihatkan untuk merebut peluang berurusan terus dengan kakitangan MDDM khasnya untuk tujuan pembayaran Cukai Taksiran.
Antara lain perkhidmatan yang diberikan adalah Pertanyaan/Aduan Berkenaan Cukai Taksiran, Pindah Milik Pegangan, Permohonan Ukurperiksa bagi Pegangan Baru dan Lain-Lain Aduan berkaitan Perkhidmatan Majlis.
Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00am - 3.00pm
Tempat : Ruang Pejalan Kaki, Bangunan Kedai Lama, Balingian.

Sama-Sama Mase'