Berita

Kod Etika Pakaian Pelawat
Tarikh : 04 Feb 2021
 

MUKAH - Para pelanggan yang datang berkunjung ke Majlis Daerah Dalat & Mukah adalah dinasihatkan untuk menggunakan pakaian yang KEMAS, BERSIH dan SESUAI dengan amalan Masyarakat Malaysia. Amalkan berpakaian SOPAN terutama sewaktu melakukan urusan rasmi di mana-mana pejabat/kaunter/bahagian atau bersama pegawai Majlis Daerah Dalat & Mukah.

Pelawat dinasihatkan untuk TIDAK memakai pakaian tidak sopan, terlalu mendedahkan tubuh atau menjolok mata. Mana-mana pegawai MDDM berhak untuk tidak melayan/membuat urusan dengan mana-mana individu yang GAGAL mematuhi Kod Etika Berpakaian bagi Pelawat.