Polls
Announcements

Berita

Permohonan Untuk Pendaftaran e-Bil Cukai Taksiran
Tarikh : 14 Jan 2021
 

MUKAH - Selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak ke arah Ekonomi Digital, Majlis Daerah Dalat & Mukah kini komited ke arah penggunaan e-Bil Cukai Taksiran.

Para pelanggan yang berminat untuk menerima e-Bil Cukai Taksiran kini boleh mendaftar untuk menerima e-Bil Cukai Taksiran mengikut pilihan medium yang disukai.

Terdapat 3 pilihan medium iaitu (1)Pengisian Permohonan e-Bil secara email, (2)Pendaftaran secara atas talian melalui Sarawak ID atau (3)Permohonan e-Bil secara manual (muat turun borang/dapatkan di mana-mana Kaunter OSC/Kaunter Pembayaran Majlis Daerah Dalat & Mukah)

*Sila klik pada pautan di bawah untuk paparan terus:

https://mukah-dalatdc.sarawak.gov.my/page-0-0-131-e-billing-Cukai-Taksiran.html

#kitajagakita  
#gopaperless   
#ebilcukaitaksiran  
#amessagefrommddm