Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 25 Jun 2019
Versi 8.2.1
CSR Kelab Mudak Sempena Ramadhan, Gawai & Hari Raya 2019
Tarikh : 23 May 2019
 

MUKAH - Kelab Rekreasi Majlis Daerah Dalat & Mukah (Kelab Mudak) menerusi barisan Exco 2019-2020 meneruskan keperihatinan kepada staf MDDM dengan memberi bantuan berupa air bikarbonat kepada seluruh
kakitangannya di Mukah, Dalat, Balingian dan Oya. Terdahulu, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, Kelab Mudak turut mengedarkan Bubur Lambuk di Bazar Ramadhan Mukah kepada orang ramai. Projek Corporate Social Responsibility (SCR) oleh Kelab Mudak ini turut merangkumi pemberian Khairat Kematian kepada ahli yang kematian ahli keluarga terdekat. Pada 15 Mei yang lalu, ibu kepada Pn Jane Bruno (Kakitangan MDDM Cawangan Dalat) telah meninggal dunia. Seluruh warga Mudak menzahirkan takziah kepada keluarga beliau.