Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 25 Jun 2019
Versi 8.2.1
Mohon Sumbangan Derma Untuk Ahli MUDAK
Tarikh : 30 May 2019
 

MUKAH - Kelab MUDAK melancarkan Tabung Bantuan bagi membantu ahli kelab; En Azame Fauzan yang kini bergelut mengurus adik beliau yang ditemui tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh di tandas semasa
mengikuti majlis berbuka puasa di masjid, Oya dan hanya ditemui pada pukul 10.45 malam pada 24 Mei yang lalu (Jumaat) dan dikejarkan ke Hospital Mukah, sebelum dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Sibu. Kelab MUDAK berusaha untuk meringankan beban En. Azame yang kini menguruskan adik beliau di Hospital Sibu dan bakal diterbangkan ke Hospital Umum Sarawak, Kuching. Semoga ahli Kelab MUDAK dan orang ramai dapat bersama-sama membantu menghulurkan derma yang termampu. Sumbangan boleh dihulurkan melalui Tabung Kelab MUDAK di Pejabat MDDM, Mukah ataupun secara pindahan tunai terus ke Akaun Maybank En Azame (1611 0929 9354). Bagi pihak Kelab MUDAK dan En. Azame, terima kasih di atas keperihatinan anda.