Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Okt 2019
Versi 8.2.2

Kempen Kesedaran Rabies Bahagian Mukah – Anjuran Pejabat Daerah Mukah

MDDM melalui Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar telah menyertai sesi perkongsian berkaitan bidang kuasa Majlis – Pelesenan Anjing Peliharaan dan Tanggungjawab Pemilik Anjing di bawah Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan ( Kawalan dan Pelesenan Anjing Tahun 2018).

 

Sesi kempen tersebut turut melibatkan Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah dan Pejabat Veterinar Bahagian Mukah.

MDDM turut mengedarkan flyer kempen yang dikeluarkan oleh pihak MLGH kepada semua orang awam yang terlibat dalam sesi ceramah. Setakat ini lebih 500 flyers telah diedarkan.

Lokasi :

24.09.2019 -  Balai Raya Kpg Petanak, Mukah

25.09.2019 – Rh Payong Anak Jakong, Sg Sebuloh, Balingian

26.09.2019 – Rh Malang, Ulu Bayan, Balingian

27.09.2019 – Rh Andrewson, Bukit Engkerbai

30.09.2019 – Dewan Masyarakat Dalat

01.10.2019 – Dewan Serbaguna Kampung Tanam, Dalat

02.10.2019 – Dewan Masyarakat Oya

03.10.2019 – Dewan Sungai Kut Muara, Dalat

 

Operasi Rabies Ke-7 Bahagian Mukah akan diadakan pada 05.10.2019 sehingga 09.10.2019