Polls
Announcements

Permohonan e-Bil Cukai Taksiran MDDM

Dipaparkan pada 03 Mar 2022

Pihak Majlis Daerah Dalat & Mukah komited ke arah arah ekonomi digital menjelang Tahun 2025. Oleh yang demikian menjelang 2025, pihak Majlis TIDAK LAGI menghantar Bil Cukai Taksiran Fizikal ke alamat kediaman anda. Pihak Majlis mengalakkan anda untuk memohon e-Bil Cukai Taksiran bagi memudahkan Pihak Majlis menghantar terus bil Cukai Taksiran ke alamat emel anda, seterusnya dapat melakukan pembayaran sebelum tarikh akhir.

Pemilik Pegangan yang tidak memohon e-Bil Cukai Taksiran perlu untuk mencetak sendiri Bil Cukai Taksiran Fizikal di mana-mana Kaunter Pembayaran/One Stop Counter(OSC) MDDM.

Alasan tidak menerima Bil TIDAK Akan Dipertimbangkan untuk sebarang permohonan pengecualian denda lewat mahupun pengurangan Cukai Taksiran

 

Borang permohonan e-Bil Cukai Taksiran boleh didapati diisi secara :

(Sila Klik Pada Pautan Di Bawah)

(i) Dalam Talian (Online) 

(ii) Secara Manual (Mengisi Borang)